[LIVE] Town Hall Rakyat Bersama Salahuddin Ayub

2023-05-29 1,787

[LIVE] Town Hall Rakyat Bersama Salahuddin Ayub

Beliau cukup terkenal sebagai menteri yang rajin 'turun naik' pasar raya dan kedai runcit secara bersendirian juga menyamar jadi pengguna untuk memantau harga barangan keperluan harian bersubsidi demi memastikan orang ramai tidak diperdaya.

Namanya makin dikenali apabila inisiatif Menu Rahmah berharga bawah RM5 yang diperkenalkan mendapat sambutan hangat golongan B40 sehingga memberi motivasi kepada ramai peniaga untuk memperkenalkan pelbagai jenis jualan 'rahmah'.

Ada banyak lagi perkara yang ingin Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub laksanakan demi menyelamatkan 'poket' rakyat dalam suasana kehidupan hari ini yang serba mencabar.

Namun mampukah beliau?

Kisah dan cabaran yang didepaninya bakal dikongsi dalam Town Hall Rakyat pada Isnin, 29 Mei 2023, jam 8.30 malam di semua platform media sosial Sinar Harian, bersama hos terkemuka, Azhar Sulaiman.

Jangan lupa tonton!

#TownHallRakyat #SinarHarian #SalahuddinAyub #KPDN

Free Traffic Exchange